
Hi! Sudah tentu sesuatu yg memeningkan apabila terpaksa memilih pakaian jenis apa yang seorang bayi perlukan. Tak perlu susah hati kerana di sini KedaiMama akan memberi panduan pakaian bayi dan kegunaannya.
Pakaian bayi baru lahir 8 minggu pertama:1- 10 pasang bodysuit:bodysuit adalah pakaian bayi yg mengikut bentuk badan, tetapi agak ringan dan sesuai untuk dipakai ketika waktu panas. Selalunya mempunyai lengan sama ada panjang atau pendek, ada juga yg tidak mempunyai lengan, tetapi tidak menutupi bahagian kaki. butang di bahagian bawah juga memudahkan ibu menukar lampin si kecil
Tips memilih bodysuit:
i- shoulder snap : bahagian bahu mudah diregangkan dan memudahkan untuk mengeluarkan baju dari kepala bayi
ii- crotch snap : butang bawah yang dibuka untuk memudahkan ibu menukar lampin bayi
iii- 100% cotton / organic cotton / bamboo : kerana kulit bayi sangat lembut dan memerlukan pakaian yang lembut untuk mengelakkan ruam
2- 7 pasang pakaian tidurterdapat pelbagai jenis pakaian tidur, di antaranya ialah baju penuh berzip dari badan bahagian atas ke bahagian kaki dan ada juga yang diasingkan baju dan seluar. baru-baru ini terdapat sejenis pakaian tidur yang kian popular iaitu baby sleepsacks.

Tips memilih pakaian tidur:
i- berat pakaian : pakaian yang terlalu tebal akan menyebabkan bayi sesak nafas
ii- kain sintetik atau semulajadi : pilih pakaian bayi dari jenis kain kapas atau bamboo di mana pakaian ini akan mengekalkan suhu badan bayi pada waktu sejuk dan menghangatkan bayi pada waktu panas
iii- saiz pakaian : elakkan pakaian tidur yg terlalu besar kerana ia akan mengakibatkan SIDS (sudden death infant syndrome). sekiranya anda mahu pakaian tidur yg lebih besar, hanya tambah 1 saiz daripada saiz asal bayi anda
iv- jenis pakaian : pakaian tidur jenis one-piece, iaitu menutupi penuh dari bahagian atas ke bahagian kaki kerana butang di bahagian bawah memudahkan ibu menukar lampin bayi pada waktu malam
v-sarung tangan : pastikan pakaian tidur bayi mempunyai sarung tangan kerana bayi masih sukar mengawal tangan dari mencakar mukanya
3- 7 pasang pakaian jenis one-piece
Pakaian jenis ini sama ada dari jenis rompers atau overall, amat memudahkan kerana anda tidak perlu memilih baju apa yang sesuai dengan seluar atau skirt
Tips memilih one-piece suits:i-
Elakkan penggunaan zip: adakalanya zip akan terkena kulit bayi yang lembut, lebih elok gunakan yang mempunyai butang
ii-
Gunakan one-piece suit yang mempunyai bukaan leher yang luas: ini dipanggil
shoulder snaps. Ianya memudahkan dan tidak menyakiti kepala bayi ketika memakainya
iii-
mempunyai stokin kaki: adakalanya, terdapat one-piece suit yang disambung dengan stokin kaki. Ini lebih baik kerana anda tidak perlu mencari stokin kaki yang berasingan untuk bayi anda
iv-
pergelangan kaki dan tangan yang luas: keselesaan bayi perlu diutamakan
4- 1 baju panas
Bayi memerlukan sehelai baju panas (
sweater atau
jacket) untuk mengekalkan haba badannya. Pilih yang mempunyai zip atau butang kerana anda sudah tentu tidak mahu menarik baju panas mengikut kepala bayi kerana baju panas lebih berat dan tebal berbanding baju lain. Pastikan baju panas tersebut tidak terlalu berat untuk bayi anda.
5- Stokin dan kasut kainStokin dan kasut kain akan mengelakkan bayi anda dari kesejukan. Pilih stokin dan kasut kain yang elastik di bahagian pergelangan kaki. Elakkan kasut yang berbutang kerana sekiranya butang tercabut, ia akan menyebabkan bayi anda tercekik.Cantik tidak semestinya selamat!
6- Topi dan penutup kepala
Bayi anda memerlukan penutup kepala, tidak kira pada waktu panas atau sejuk untuk mengekalkan suhu badannya. Pada waktu panas, bayi memerlukan topi yang bertali di bahagian dagu dan pada waktu sejuk pada memerlukan topi yang menutup bahagian telinga comelnya!